Paling Pantas
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ""Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari " Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi.
" Kamu pula ? "tanyanya kepada calon kedua. " KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun adasebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu.
" Bagaimana kamu pula? " tanya CEO kepada calon ketiga." Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupunbangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah palingpantas "jawab calon ketiga. " Jawapan yang terhebat setakat ni.
Bagaimana pula dengan kamu ? " CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru disyarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. " Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.
" Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu! ni tak serius langsung, macamana kamuboleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atauMENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..............
Akad Nikah
Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan denganmas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya takdengar apa yg awak cakap.... pitching berterabur ke laut...keluar acuan terus,jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak pulak...takde kawalan..sepatutnyaa ditahan... kasi sustain...falseto lemah...improvisation R&B awak tak menjadi... bughokbebenorr bunyinyee.... teknik ramify pun tak mantap...bunyi macam orang nak berak jerr....satu jer yg saya suka...awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment