Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar danmalahan lebih hina daripada khinzir (babi). Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudahberumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil danmelahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dahnazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musaberbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat NabiMuhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam)atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupunharam tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapatanak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa danmenceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawabbahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minumair yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkanlelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orangyang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapahinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh daribumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru airbumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkansolat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan;nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak..Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orangtinggalkan solat. Tak gamak 'kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagipetang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukangmasak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hatikita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allahsyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkankewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saatRasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umatIslam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solatjangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawahtanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir &batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang dineraca Mizan kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment