Saturday, July 5, 2008

Pelajar Baru Sesi 08/09

Kami di bahagian kewangan & bahagian2 lain bertungkus lumus selama 1 hari kerana ada kemasukan pelajar baru ke UNITEN......universiti ini merupakan universiti swasta......maka jumlah 800 orang merupakan satu jumlah yang besar kepada universiti ini, walaupun jumlahnya agak jauh beza berbanding di UNITEN,Putrajaya.....namun saya sebagai salah seorang staff amat berbangga dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada bahagian marketing terutamanya kerana telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang untuk mempromosikan uniten di semenanjung malaysia terutamanya.

Amat membanggakan kerana julung2 kalinya terdapat seorang pelajar Arab,handsome...hhihihhi....pada hari pendaftaran aku dengan excitednya menunggu pelajar tersebut untuk ke kaunter kewangan tempat aku bertugas untuk bercakap bahasa arab dengannya....bila aku tanya "masa al khair" dia jawap "masa al nur"..ok la tuuu
dia pon jawap in arabic...aku tanya lagi..."maza taa'kul al ghada" dia jawap "malaysian food"...laaa dh ckp english plak..bila dia dah cakap english aku pon cakapla in english..aku tanya la "what ur 1st language"..dia kate "English is the 1st and the 2nd one is Arabic"..laaaa penat je aku nk speaking arab dengan dia... :(

Tapi tak pe laa itu merupakan pengalaman manis untuk aku kerana dapat mempelajari bahasa arab walaupun tidak semua orang arab tu nak cakap arab bila berjumpa...

ReZeki BertaMBah...

Alhamdulillah...

Tanggal Julai 2008 merupakan pembuka rezeki untuk aku dan kawan2ku kerana masing2 bertukar tempat kerja..dari swasta ke gomen...dan ada juga dari sambilan ke jawatan yang lebih menjamin masa depan..alhamdulillah..syukur & tahniah kepada semua..

Juga aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi diatas kenaikan pangkat suamiku. Walaupun kami akan berjauhan namun ku berserah semoga kami akan saling jujur dan keharmonian rumahtangga kami akan sentiasa aman sejahtera tanpa sebarang pergolakan yang tidak diingini. Insyaallah...