Thursday, December 4, 2008

asal usul solat

ASAL USUL SOLAT SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkarapertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s.punbersembahyang dua rakaat.> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapanmalam.> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

>>ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelihanaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan jugaanaknya.> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. > Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

>>ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktuAsar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat keranabaginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: > Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

>>MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.statkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dankebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yangMaha Esa.> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atasibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. > Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satuiaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

>>ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Padaketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalumenghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tandabersyukur. > Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

wallaua'lam..........

No comments: