Wednesday, December 3, 2008

Kisah Paderi

*Hayati kandungannya*Bismillahirrahmanir rahim.Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,insya Allah...

*Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia *
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selainbelajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, diaberkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula diakeberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhipermintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satubangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatanlantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihatkepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Akuharap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetaptidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Akuminta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemudaini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahubahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapatdi wajahmu.'Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkankehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untukmemalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslimitupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan andaharus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yangtiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, limayang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatuyang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belasyang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.''Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yangdimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdustanamun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namunDia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpaayah dan ibu!''Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dansiapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?''Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakahyang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepadaAllah.*Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,**-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..**-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.

Allah s.w.t. berfirman, 'DanKami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'* *(Al-Isra': 12).
**-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketikaKhidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
**-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
**- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
**-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakanmakhluk.
**-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yangtidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).
**-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu diatas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

**-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada NabiMusa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.
***-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat.' (Al-An'am: 160).
**-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
**-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlahdaripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).
**-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.

**-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulaimenyingsing. ' (At-Takwir: 18).
**-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

**-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudaraNabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekatbarang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaanterungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamusemua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimukepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi MahaPenyayang.' (Yusuf:98)
**-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suarakeldai.' (Luqman: 19).
**-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
**-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan apiialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allahs.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.'(Al-Anbiya': 69).

**-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab denganbatu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).
**-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu DayaWanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanitaitu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
**-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaranmatahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalahHari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam

* *hari dan Dua di siang hari.
**Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslimtersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkanniatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi.
**Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
**Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimutikeraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikankekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja ituterus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak.

**Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dansemuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namunanda tidak mampu menjawabnya! '**Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah.' **Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '**Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
'**Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agamaIslam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga merekadengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa

*.**NOTA:Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yangcukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isikandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawabpertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahubahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah.

Kerana itu (kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimahitu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidakpasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atautidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalahDua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam)kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi..Wallahua'lamsemana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!

No comments: