Tuesday, December 16, 2008

Penawar Di Kala Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidupsehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.

Peluk 10 saat

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.



Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ....Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ..



..Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk ..Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.



Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.



Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.



....Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. (AGAKNYA SEBAB TU...RAMAI ISTERI-ISTERI GEMUK SEBAB KURANG KASIH SAYANG KOT)....

Peluk 10 saat

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ....Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ..

..Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk ..Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

....Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. (AGAKNYA SEBAB TU...RAMAI ISTERI-ISTERI GEMUK SEBAB KURANG KASIH SAYANG KOT)....

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:

Hello suami you all yang suka cium apa ya. Jeng! Jeng

> Suka cium dahi isteri
.......suami yang romantis.

> Suka cium pipi isteri
........suami yang penyayang.

> Suka cium mulut isteri
.......suami yang gelojoh.

> Suka cium tengkuk isteri
........suami yang mata keranjang.

> Suka cium telinga isteri
.........suami yang sensitif.

> Suka cium leher isteri
.........suami yang penyabar.

> Suka cium buah dada isteri
........suami yang suka bermanja.

> Suka cium tangan isteri
.......suami yang hipokrit.

> Suka cium ketiak isteri
.......suami yang menerima isterinya seadanya.

> Suka cium (tut - censored) isteri
......suami yang pemalu.

> Suka cium punggung isteri
.......suami yang suka bergurau.

> Suka cium kaki isteri
.......suami yang terlalu menghormat isteri.

>Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri
......suami yang mementingkan diri.

jeng jeng jengggggg


DAN YANG TERAKHIR.................
















> Suka cium seluruh bahagianbadan isteri .
.......suami yang baru balik dari outstation. *_*

percayala klau nk percaya

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEEMPATBELAS.
Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Chrysanthemum (Japan)

So beautiful chrysanthemum in Japan :)

















Thursday, December 4, 2008

Malang ::.. very interesting Jangan tak baca...

CERPEN : HATI SEORANG ISTERI

" Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya..."
An-Nissak : 1.


Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya... Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro... Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu... Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

Umi... Abu ingat abi."
" Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."


Abu Bakar... Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq... Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah... Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas... Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa?"
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
" Entahlah. Apa kata... Fatimah Az-Zahrah."


Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak."
" Bagaimana pula dengan rotan?"
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya."
" Adakah dia sering memukulmu?"
" Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
" Kamu memang layak masuk syurga,"
bisik hati Fatimah.

Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.

Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.

Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang sokmo.


Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?

" Ayang... Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."
" Pergilah bang. Orang dah jemput."
" Macam mana anak-anak?"
" Abu... Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
" Ayang... Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm...."


Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.


Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. " Ibrahim : 7. Ya... Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai ulama', matilah sebagai syuhadah." Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

" Kakak... Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
" Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
" Nanti kakak telefon abang Muhammad."


Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit...

" Kakak... Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."


Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."

" Kak Hanan."
" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
" Ooo... Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?"
" Em... Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu," talian sunyi sebentar.
" Akak... Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi...
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya."


Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua... Tiga... Empat... Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi...

Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar."
Tapi...

Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti... Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

" Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?" Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
" Tak adalah bang. Ayang letih je," kata Hanan menahan sebak di dada.
" Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan... Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
" Ceritakanlah... Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
" Abang..." Hanan makin sebak.

Tiba-tiba...

" Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."

Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya...

" Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya..." At-Taubah : 24.

" Abang..." Hanan bersuara satu malam.
" Yang..."
" Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
" Ya."
" Nona namanya," Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah dia," lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?" Diam...
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi...
" Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Hanan kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

" Abang... Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang..."
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang..."
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
" Kalau-kalau..."
" Semua akan selamat," pintas Muhammad.
" Kalau-kalaulah... Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang."


Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.

" Encik Muhammad... Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
" Selamatkan keduanya," Muhammad seolah memberi arahan.


Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba... Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.


"TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILAHI"

ABCD..................


Kekadang kita tak terfikir pun....

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok .

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...

KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Syurga di telapak kaki suami

Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2
telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami.Mari kita
lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..


1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung
daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/oven/dan mcm lagi mesin kat
dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya "ikhlas" bagi isteri guna.

3.SABUN,BERUS,PENYAPU,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik.lelaki

Sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah
gunakanya.

4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar-
tukar tuala..

5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua.....(baju dalam)

6.BARANG KEMAS,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas.....tp beli jugak utk isteri....

7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gincu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi

Sanggup beli utk isteri.

8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi...

9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedang kanlelaki mungkin akan diberhentikan

Kerja kalau rehat sebegitu lama....

10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki

Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.

MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG...WARGH.......

Drink the right tea + Some info on Drinking Soyabean Milk

1. People who use their "brain" to work or students who study hard day and night --- should drink more chrysanthemum Tea.

2. People who need a lot of body energy to work or those people that do a lot of exercise everyday --- should drink Wu Loong Tea.

3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places --- should drink Green Tea.

4. For people who likes to sit down all day long and not doing anything even exercising --- must drink Green Tea and Flower Tea.

5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks --- should drink more Green Tea.

6. Carnivore (those people who must eat meat) at least once a day, or feel sick or not feeling well --- try to drink some Wu Loong Tea.

7. People who go to the washroom too often or too less --- should drink more Honey Tea

8. People with high cholesterol and high blood pressure --- Wu Loong Tea, Green Tea.

9. Those who work with computers everyday --- need to drink a Lot of Tea (any tea will do).

Whenever you are working with the computer, you should make some tea; drink it when you are free.

Drinking Tea is healthy --- it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).

Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.

Soya Bean
~~~~~~~~~
All of us know that Soya bean drink provides good protein to our body, but many of us donʼt know that there are certain days we should avoid the drink.Soya bean drinks are best consumed on hot sunny days where the sun is burning and glaring. The Soya milk will gives lots of nutrients to the body, as the body is able to absorb the protein well.However, avoid the drink when the weather is cloudy or anng. Taking the drink in these weathers, the body will not be able to take in the protein thus will result in a disease called "GOUT" or "high acidic urine" due to the high protein residue in the body, after a long run.

This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in control when you control your food intake of proteins and medications. The pain is unbearable and usually you will have no idea what you have taken to cause the pain. Food like Soya beans, ikan bilis, broccoli, spinach, peanuts, animal organs (i.e. pork liver) etc will have to be avoided to prevent the pain from attacking.

So my friends pass this to your family, relatives and friends to keep an alert of the pros and cons of Soya bean milk and when it is to be taken and avoid.

Batman Sebenarnya Anak Kepada Superman


Khanaz

Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah .... Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenalputus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cara nak kacau anak Adam dari patuh dengansuruhan Allah.

Suatu hari c Ibu Syaitan nie tengah dok pikir "Macam mana aku nak kena kan anak cucu Adam"..dan tiba2dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...".

Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkanrumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumahdi ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."

Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?",Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..."Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama pikir-pikir."Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnyadi pokok luar rumah kita.Nanti bila Ibu nya datang biar dia Nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah mereka lakukan terhadap anak syaitan"Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ....lalu sudahkami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa.

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.KemudianIbu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungandi atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masihtidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawakenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku."Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam."Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa."Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ...abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nyatidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja."Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan."Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa."Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. kemudiandi serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam."Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa."Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja."Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan."Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa."Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan."Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin."Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir..

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.


Walllahualam.

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!


Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

1) RAMBUT LURUS -bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-!bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)

10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-(Botak) ..kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAUKEHIJAU HIJAUAN -itu rambutaaannnnnnnnnn nnnnnnnn. .... Huahuahuahuahua

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar danmalahan lebih hina daripada khinzir (babi). Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudahberumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil danmelahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dahnazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musaberbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat NabiMuhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam)atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupunharam tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapatanak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa danmenceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawabbahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minumair yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkanlelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orangyang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapahinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh daribumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru airbumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkansolat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan;nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak..Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orangtinggalkan solat. Tak gamak 'kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagipetang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukangmasak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hatikita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allahsyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkankewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saatRasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umatIslam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solatjangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawahtanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir &batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang dineraca Mizan kelak.

Tanggungjawap bapa

1. Menanam uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan

anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak
tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak Usaha

membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subu r keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.

b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.

c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.

e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan

anak Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) - Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.

Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang> boleh memalukannya.

5. Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

6. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. -

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam

7. Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya : a. Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. e. Pendidikan tentang soalt f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar g. Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh i. Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimp an tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT

2. Anak sebagai amanat Allah SWT

3. Anak sebagai harta yang tergadai

4. Anak sebagai penguji keimanan

5. Anak sebagai alat untuk beramal

6. Anak sebagai saham di akhirat

7. Anak sebagai sumber kebahagiaan

8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua

9. Anak sebagai penyambung cita-cita

10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

7 ayat cinta..

Sabda Rasulullah SAW:barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.InsyaAllah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.LaailaahaillAllah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

asal usul solat

ASAL USUL SOLAT SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkarapertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s.punbersembahyang dua rakaat.> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapanmalam.> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

>>ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelihanaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan jugaanaknya.> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. > Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

>>ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktuAsar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat keranabaginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: > Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

>>MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.statkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dankebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yangMaha Esa.> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atasibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. > Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satuiaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

>>ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.Padaketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalumenghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tandabersyukur. > Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

wallaua'lam..........

Bila bayi dilahirkan

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besokEngkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidupdisana; saya begitu kecil dan lemah ?"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akanmenjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang sayalakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagisaya untuk berbahagia.""Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akanmerasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia""Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada sayajika saya tidak mengerti bahasa mereka ?""Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yangpernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akanmengajar kepadamu cara berbicara.""Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa""Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akanmelindungi saya ?"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancamjiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkanbagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akansentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumidapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku namamalaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dancintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galanggantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengankarenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawahtelapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yangsilam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

SEMAKIN BANYAK ALASAN SEMAKIN JAUH DARI TUHAN

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am dah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 -1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 25 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang,hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

** Semakin banyak alasan... semakin jauh dari Tuhan **

Menyeberangi Alam Barzakh

Menyeberangi Alam BarzakhDiluluskan pada Isnin, 21 April 2008 @ 20:06:05

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah... Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran. Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati... Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat! Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah. .. Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh. Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! !

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. "Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM. ..

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku. Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH! !!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi. Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP! !!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah! Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala. Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya. Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya. "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas. Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang. Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan. Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata. Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.


Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai. Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan. .azab kubur ...itu juga benarrrr.... . Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak

nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la
gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la
kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah
ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2
pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
ruam...pampers
4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume
6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill
pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak
umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb
ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh
malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan
program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon
keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk
sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana
memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan
kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

4 ibu ayam mandi telanjang (18+)


Difference between wife & girlfriend.

Wife is a HARIMAU ¡­¡­¡­¡­¡­
GIRLFRIEND is HARI HARI MAHU
And some say : Wife is like TV,
girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV,
go out bring HP.
No money, sell TV.
Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old,
but handphone is cute, slim,curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but
for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote...
HP don't have..Last but not least..........
TV do not have virus, but h/p yes............
have VIRUS...............once get it,
HABIS LA.... .... hahahahaha......so better choose TV

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


IBU YANG MULIA

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........