Thursday, August 21, 2008

RinDu..RinDu...SeRinDu-RinDu nya....

Hahahahha...tajuk lagu Kump. Spoon satu ketika dulu amat mengingatkan aku kepada seseorang...ketika ini aku amat merindui suamiku yang berada di Melaka kerana tuntukan kerja..dan ketika ini juga 'teman' yang selalu menghubungi ku juga jauh...aaaaggghhh kepada siapa hendak ku luahkan rindu ku...




Entah bila kita akan bersua dan berbual lagi....


Petikan dari email yang ku terima...


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.



Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak bisa merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita.

Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata.

Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. Cuma fikirkan dan renungkanlah bersama






~~~RinDu..RinDu SeRinDu-RinduNYa....~~~

3 comments:

Dayang said...

Salam Ukhwah

Rina said...

amboi... diana, rindu kat hubby yer? takpe. muadzam-segamat-melaka tu dekat jer. hehehehe....

Unknown said...

salam kak dayang..terima kasih sudi melayari blog saya..