Tuesday, May 12, 2009

KISAH RUMPUT YANG MENARIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nakpilih seseorang yang terbaik sebagaiorang paling kita SAYANG?. Macam manajuga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahuke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buatapa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apajawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harusbuat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolahyang berada di luar kelas sekarangjuga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALINGcantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklahrumput yang PALING cantik yang beradadi depan kamu tersebut dan selepas itubawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang danbuat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semulake kelas, tiada pun rumput yang beradadi tangannya. Maka cikgu pun bertanyakepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruhpetik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atasrumput dan sambil memandang rumput yangberada di situ, saya carilah rumputyang paling cantik. Memang ada banyakyang cantik tapi cikgu kata petik yangpaling cantik maka saya pun terusberjalan ke depan sambil mencari yangpaling cantik tanpa menoleh ke belakanglagi. Tapi sampai di penghujungpadang , saya tak jumpa pun yang palingcantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dahcikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumputyang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya.Maknanya,apabila kita telah berjumpa denganseseorang yang kita SAYANG, janganlahkita hendak mencari lagi yang lebihbaik daripada itu. Kita patut hargaiorang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetapdah berlaku. Dan semoga yang berlalutidak lagi berulang. Jika kitaberselisih faham dengan orang yang kitasayang itu, kita boleh perbetulkankeadaan dan cuba teruskan perhubungantersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Daningatlah orang yang kita SAYANG itulahkita jumpa paling cantik dan palingbaik pada MULAnya walaupun nak ikutkanbanyak lagi yang cantik dan baikseperti rumput tadi. KECUALILAH jikaperhubungan tersebut tak bolehdiselamatkan lagi, maka barulah kitamulakan sekali lagi. Maka SAYANGilahorang yang berada di depan kita dengantulus dan ikhlas.

p/s: kasih DAN sayang dinilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dalam menjalin perhubungan. Tapi adakah kasih DAN sayang itu dihargai andai hanya wujud kasih ATAU sayang semata-mata?

No comments: