Tuesday, May 12, 2009

3 malaun..

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si 3 org ni pergi ke surau waktu Maghrib nnt. Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" ..

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun tu kesurau. Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni...

Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.

He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

bahgiakah prkahwnan hnya kerna cinta?

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga :

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.

Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.

Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG". Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Serius sangat membacanya......???!!!

hahahah terkena jugak ...

KURMA, KISMI DAN MADU

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurmakepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranyawanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yangakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalahamat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buahkurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkanbersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurmajuga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat takkisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasamelahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungigula yang merbahayakan malah ia merupakan makananRasullullah s.a.w.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak adakurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurangsehat".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurmapada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebabyang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadiseorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salahsatu buah yang berasal dari syurga dan dapatmensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buahkurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itudia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidakdiganggu setan".Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapamemakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacingyang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakankismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum>sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakankismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitanempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan sarafdan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 bijikismis merah, maka dia tidak akan melihat padajasadnya suatu yang tidak disenangi".>>Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkanjantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panasdan memulihkan kesehatan jiwa".Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkanbahwa kismis dapat menghilangkan lendir danmenyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madusetiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa inginmemiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminummadu".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialahmadu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati danmenghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakanberkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obatdari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70Nabi".Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obatdari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, iadapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:"Rasul saw sangat menyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminummadu danmembaca Al-Quran".

KISAH RUMPUT YANG MENARIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nakpilih seseorang yang terbaik sebagaiorang paling kita SAYANG?. Macam manajuga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahuke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buatapa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apajawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harusbuat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolahyang berada di luar kelas sekarangjuga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALINGcantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklahrumput yang PALING cantik yang beradadi depan kamu tersebut dan selepas itubawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang danbuat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semulake kelas, tiada pun rumput yang beradadi tangannya. Maka cikgu pun bertanyakepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruhpetik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atasrumput dan sambil memandang rumput yangberada di situ, saya carilah rumputyang paling cantik. Memang ada banyakyang cantik tapi cikgu kata petik yangpaling cantik maka saya pun terusberjalan ke depan sambil mencari yangpaling cantik tanpa menoleh ke belakanglagi. Tapi sampai di penghujungpadang , saya tak jumpa pun yang palingcantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dahcikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumputyang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya.Maknanya,apabila kita telah berjumpa denganseseorang yang kita SAYANG, janganlahkita hendak mencari lagi yang lebihbaik daripada itu. Kita patut hargaiorang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetapdah berlaku. Dan semoga yang berlalutidak lagi berulang. Jika kitaberselisih faham dengan orang yang kitasayang itu, kita boleh perbetulkankeadaan dan cuba teruskan perhubungantersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Daningatlah orang yang kita SAYANG itulahkita jumpa paling cantik dan palingbaik pada MULAnya walaupun nak ikutkanbanyak lagi yang cantik dan baikseperti rumput tadi. KECUALILAH jikaperhubungan tersebut tak bolehdiselamatkan lagi, maka barulah kitamulakan sekali lagi. Maka SAYANGilahorang yang berada di depan kita dengantulus dan ikhlas.

p/s: kasih DAN sayang dinilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dalam menjalin perhubungan. Tapi adakah kasih DAN sayang itu dihargai andai hanya wujud kasih ATAU sayang semata-mata?

Ayam Bangi

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Kamunting.. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin.

Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah alah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja.Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring . Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia.

Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya . tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat (Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la... Hang ingat KakMidah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam.(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu).

Kemudian sampailah cuti sekolah. Biasalah cuti sekolah permintaan ayam kan banyak. Orang nak kendurilah. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik kampong ke cuti sekolah ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke.

Sudin : Tak dak!!Kak Midah : Habih cuti dengan siapa

Sudin : Cuti sorang-sorang la, orang cuti saya tak cuti.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja jual ayam lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata..... .). Kalau Kak Midah teror cuba Kak Midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari mana.

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Monday, May 11, 2009

Kentut

Fakta Kentut
Saya tak pernah terfikir pun pasal fakta-fakta saintifik kentut ni begitu menarik dan sebenarnya berkait rapat dengan kesihatan kita. Kalau tak percaya, baca....

Kenapa kita kentut?
Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya. Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana. Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor: Makanan Udara yang disedut Jenis bakteria dalam usus Tempoh masa kentut ditahan keluar Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.

P.S : Sebenarnya kentut merupakan antara nikmat Tuhan yang paling best!! betul tak? hehe..sengih lak..baru lepas kentut le tuuuu..

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Suatu Hari....... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra..

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu" "Aku baik je." Tanpa senyum. "Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah." "Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu " "Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini." Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun. "Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan." Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.

Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saatkemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandangwajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan denganhati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak semestinya anggapan kita adalah sama denganpengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Panjat Pokok

Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. > "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau :

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu.
Tak senonoh betul
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itumembeli seluar dalam.

Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emaknya.
Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebuttanpa memakai seluar dalam. Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00"

Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.
"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00akhirnya hampir menjadi kenyataan, tok penghulu berkata :

"Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul. Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata : "Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur"


Muahahahhaaaaaaaa. ...