Friday, October 17, 2008

Jamuan Hari Raya D' Quarters UNITEN

Malam ni ada jamuan raya untuk semua staff UNITEN tapi aku, daia n zila tak dapat g coz ada presentation arab..baca dialog pon tak lagi coz daia yang translate kan dari BM ke Arab. Aku kena buat dialog in BM lajuu je laaa hihih

So malam ni kami bertiga tak dapat g..tapi Brader Saiful soh aku reka pantun utk ucapan pd malam nanti..ni lah pantun yang aku buat..

Indah sungguh malam ini
Lampu neon berwarna warni
Terima kasih kerana sudi kemajlis ini
Tidak disangka ramai sekali

Sungguh tinggi burung merpati
Terbang sekawan dilangit tinggi
Dari jauh Jemaah Pengurusan Uniten datang kemari
Bersama untuk merai jamuan raya UNITEN di malam ini

Tasik Chini & Tasik Bera
Indah sungguh pemandangannya
berbagai juadah sudah tersedia
marilah bersama menjamu selera

Karaoke sesi nyanyi2an
Acara yang sangat ditunggu-tunggu
Sesiapa yang ingin menyanyi silalah ke depan
Usahlah segan janganlah malu

Search, Wings dan Siti Nurhaliza
Penyanyi yang tersohor kini dan selamanya
Sambil kita menjamu selera
Kita dengarkan staff kita beradu suara

Anak-anak berlari sini dan sana
Asyik bermain makan pun lupa
Ibu bapa ingatlah sama
Suap2lah anak tu sambil menjamu selera

1 comment:

Daia said...

Kak Ina,
Macam ada ciri2 seorang mak jerk.. Ada ape2 ke?