Friday, May 16, 2008

Satu Hari Bersama Jab. Pertahanan Awam (JPA) Kuantan

Waaaa selama 2 hari saya dan kawan di UNITEN menyertai kursus Emergency Response Plan (ERP) pada 14 Mei dan CPR pada 15 Mei 2008.Mr Chan sebagai jurulatih dari JPA, Kuantan datang bersama anak2buahnya seramai 4 orang,ada lagi sebenarnya..tapi tak ambil gambar diorang & tak tau nama..hehehe kenal sikit jer laa




Mr Chan menjadi jurulatih bagi program ERP, banyak yang saya ketahui seperti:

1) teknik pertolongan cemas
2) apa itu OSHA (Occupation Safety & HEalth Act 1994)
3) Pintu kecemasan amat penting di tempat kerja dan tertera (EXIT)
4) lampu (EXIT) perlu sentiasa menyala
5) perlunya plan laluan ketika kecemasan
6) jika berlaku kebakaran perlu lari kira-kira 30 meter dari tempat kejadian
7) 1 sekali perlu selamatkan nyawa sendiri & rakan yang berhampiran
8) 2 jika sempat baru laa harta benda

Teknik membawa hos bomba dengan cara yang betul...

Cara Pertama...Jinjing..



Cara Kedua..Mengepit..



Cara Ketiga..Menggendong..




Juga setiap tempat kerja seharusnya ada Emergency Response Team (ERT) yang terlatih yang terdiri dari kalangan staff itu sendiri.
Sungguh banyak pengalaman yang saya pelajari dann sungguh seronok...heheh

Aksi2 ERT..


Apii...aPi...API.....



Alat Pemadam Api (APA) yang selalu digunakan..






Haiii hanguss la rumah tu..asik ambil gambar jee




Semasa latihan ala-ala bomba(latihan memadam kebakaran)..Koperal Nazri & Firdaus telah menjadi durulatih di bahagian wanita..manakala jurulatih yang lain dibahagian lelaki. HEHEHEH merasala juga pegang hos bomba dan main siram2 air...hehehhe


FirDaus...



KopeRal NazRi....


Aksi2 SemBur Air...

Hai Cik Kak..Tengok Je ke...


Berat ke..??



1..2...3..SemBuRrrrr



Kami Kumpulan 3...SiaP SeDia untuk ke Tempat Kecemasan KopeRal...


UggHHH cepat NurUl..cupling..Berat ni...



Larii Kak ShiDa..












SarJan NazRin..




Eija..



Pada keesokkannya 15 Mei 2008..diadakan pula kursus CPR..Sarjan Nazrin & Eija sebagai jurulatih untuk kursus ini. Terdapat berbagai jenis kecederaan yang mungkin dialami oleh seseorang seperti patah,luka kecil,luka besar dan bermacam lagi. Saya dapat pelajari bahawa terdapat bermacam2 jenis kepatahan,seperti:

1) patah serong
2) patah tebu
3)patah terbuka

dan cara membuat rawatan kecemasan sementara ambulans datang..heheheh


juga terdapat kes2 emergency di rumah seperti tercekik, rawatan untuk orang dewasa dan kanak2 sedikit berbeza. Untuk orang dewasa kita harus menekan (alaaa susah la nk explain,kan ada iklan dlm TV tu..haaaa macam tu la....) heheheh.Untuk kanak2 pula..terutama bayi...kita harus menepuk2 bahagian belakangnya sambil meniarapkan baby tersebut.


sungguh indah pengalaman yang saya perolehi...insyaallah sekiranya ada kecemasan boleh saya rawat...

3 comments:

Rina said...

tajuk je ke diana? mana ceritanya? hehehe... lupa mcm mana nak publish eh?

Anonymous said...

hahahaha very fun yerr

bestnya buat tu yerr

boleh lah selamat kan bagunan dari terbakar nanti

Rina said...

wah... diana, seronoknya!

wei cik kak, dok siram air pun sempat ambik gmbo ka? kalau mcm ni, rumah dah rentung dulu tau!

dah last2 tu nape tak siram semua org? lg syok tau! hehehe...