Friday, May 30, 2008

BengKel PenuliS Muda JohoR 2008

Waaa selama 3 hari saya bercuti untuk menyertai BengKel PenuliSan yang ditaja oleh KeraJaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan JohoR & UPENA UiTm Johor..



banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menghadiri bengkel penulisan ini di samping dapat bertemu penulis novel terkemuka seperti dari kiri Aminah Mokhtar, Zaid Akhtar dan Nisah Haron .



Jika sebelum ini saya hanya suka membaca novel,cerpen dan pantun..kini saya diajar bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang kreatif untuk berimaginasi dan menyelami watak yang cuba diceritakan.Program ini berlangsung di Hotel Seri Pelangi,Muar Johor. Saya serta rombongan bergerak dari Uitm pada pukul 12 tgh dan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke hotel tempat saya menginap.Pada hari pertama merupakan hari pendaftaran dan taklimat mengenai bengkel tersebut. Macam biasa minum petang..makan2..berkenalan dengan sahabat baru..chit chat..

Hingga selepas waktu makan malam dan solat maghrib..pada pukul 8 malam merupakan majlis perasmian untuk bengkel tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar iaitu Tn. Hj A. Rahman Jaffar. Selepas majlis perasmian bermulalah aktiviti pertama iaitu Penulisan Novel-Satu Pengenalan yang dibentangkan oleh penulis novel terkemuka Pn. Aminah Mokhtar atau nama panggilannya Kak Min. Kak Min telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan, telah banyak novel yang Kak Min hasilkan, maaf saya tak berapa ingat hasil karya Kak Min. Beliau bermula sebagai jururawat dan kini sebagai penulis kerana baginya dengan menulis dapat melepaskan rasa geram,marah,sayang,cinta dan berbagai perasaan ketika menulis. 4 prinsip yang harus dihuraikan untuk menulis novel pada pandangan Kak Min ialah What,Who,When,Why dan yang paling penting..sebagai penulis mesti tertanya sendiri KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA? untuk menghuraikan sesuatu watak itu supaya menarik pembaca untuk membacanya.
Kak Min pun ada trade mark tau.."REDAH JE" dan "BELASAH JE"..bagi kak min tiada halangan untuk menulis..tulis je apa yang dirasakan dan ingin diceritakan. Pertama melalui pembacaan kemudian simpan di hati dan akhirnya hasilkan dengan nukilan. Begitulah cerita Kak Min.




Pada hari kedua saya dan sahabat yang lain dibawa menyusuri Sg. Muar waaaa sungguh indah pemandangan di laut walaupun ketika itu hujan renyai2..hahaha saya dan sahabat yang excited duduk bahagian depan kena berpindah kebelakang dan ada yang berdiri..tak pe laa yang penting dapat menikmati angin sepo1-sepoi bahasa..


cepat..cepat..nanti ketinggalan boat..


Kami menunggu di Jeti Tanjung Emas pada pukul 8.30 pagi..waaa semua excited ni..awal pagi lagi dah bangun dan bersarapan..alhamdulillah semua penumpang tiada yang muntah/mabuk laut..may be saya tak tau..dan mereka mendiamkan diri..tapi semua ok..



Aksi di boat..

orang dh beratur nk naik boat..sempat g ambik gamboo


Tiga Dara PingiTan..Yang tengah tu anak dara ke?? :)


Ustaz Nawawi sebagai Pemandu Pelancong..


Pn. Shima tunjukkan cara memakai jaket keselamatan..






Menahan udang dan ikan atau kelong membela kepah



Rezeki ku di lautan..walaupun hujan ku redah jua..


boat bawa batuan kecil..


bahagian belakang boat yg penuh dgn batu2 kecil


pandangan sisi..berat ni..bergerak pun slow je..


Sempat juga jadi Pilot sekejap..hahah


Alaaa UtZ ni..malu2 plak...


Ok..ready..



Sahabat2 ku..

Daia..walaupun pening lalat tetap maintain..


Rina..diwaktu hujan renyai


Smile..Intan, Shikin,Daia,Diana


sempat terlena dek angin sepoi2..



Pada 28 Mei 2008,hari kedua program berlangsung..Pn. Nisah Haron dan panel yang lain menerangkan mengenai Kreativiti,Realiti Imaginasi & Penerapan Pengalaman dalam Penghasilan Novel." sebagai permulaan dalam berkarya, seharusnya dimulai dengan novel pengalaman diri sendiri" begitu katanya. Ketika para peserta menyusuri Sg. Muar pagi ini, Pn. Nisah sempat mencipta serangkap sajak berbunyi:

" seekor rama-rama yang basah sayapnya
dipercik air Sungai Muar
ialah aku yang gelintar
mencari cinta-Mu "

Sungguh puitis dan dalam maknanya..jangan ada yang ciplak puisi tu yer..ini hak cipta terpelihara yer..saya menyampai jer..
Pn. Nisah seorang penulis yang aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini,telah banyak novel yang dihasilkan, diantaranya seperti:

* Faris Putera Yang Hilang
* Kapura Purnama
* Resipi Dari Istana

Bagi Pn. Nisah jangan anggap sukar untuk mencari sesuatu bahan penceritaan itu masalah, anggap sebagai cabaran yang harus di "rempuh" untuk menghasilkan karya yang membolehkan orang ramai untuk membaca..membaca dan terus membaca...



Panel yang ketiga, En. Zaid Akhtar..beliau merupakan penulis baru tetapi telah banyak menerima anugerah penulisan seperti anugerah dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Hadiah Sastera dan berbagai lagi. " Salju Sakinah" merupakan nvel terbaru dari Zaid Akhtar..sila dapatkan di pasaran sekarang...

Bzz sign autograph..


Sepanjang program ini berlangsung..kami ditugaskan dalam kumpulan..kami ditugaskan supaya mereka cipta sinopsis novel..dan akan dibentang..saya,rina,ustaz nawawii dan beberapa rakan yg lain berada dalam kumpulan 1..sinopsis yang hangat dalam kumpulan kami ialah "seorang budak berkawan dengan ulat beluncas"..sungguh menarik sinopsisnya..idea ini datangnya dari sahabat Rina..bernas..bernas..

Manakala kumpulan kedua dibentangkan oleh Rosnani bt Mohd Salleh..maaf saya tak berapa ingat sinopsis dari kumpulan 2 ini..dan..kumpulan 3..tidak kurang menariknya..kisah ini dibentang oleh Sara Fareha Muhd Kamil,kisah ini banyak imaginasi..saya juga tak berapa ingat..tapi semua kisah yang dibentangkan semuanya menarik dan bakal menarik minat pembaca jika diterbitkan.. :)


Pada malam sebelum berakhirnya program ini..sahabat ku Rina & Daia telah buat drama yang mengejutkan dan memeranjatkan..nak tau apa berlaku..baca dialog ringkas ni..

Rina : Jom kita pegi jenjalan kat depan tu nak..Daia nk cari barang sikit
Daia & Diana: Ok..jomm laa..lambat lagi waktu makan ni..boleh cuci mata

Sampai je kat depan supermarket tu..

Rina & Daia : Diana..awak pegi la jenjalan sensorang..saya & daia nak cari barang lain ni..kita jumpa kejap lagi kat sini yer..

Diana : Emm iye la..(dengan nada sedih kena jalan sensorang..)dh laa takut..kat tempat orang ni..sesat kang..:(
Maka aku pon jalan la..ingat nak cari bank nak cucuk duit..tapi tengok ramai sangat lelaki melepak kat tepi2 tu..aku jadi takut..terus masuk KFC & tapau la apa2 yang patut..last2 terus kuar..tak jadi g bank..hihihih (penakut betoll)
oleh kerana takut sensorang..aku terus masuk g hotel..masuk bilik dengan perasaan sedih..:(..diorang tinggalkan aku sensorang..sampai hati Rina & Daia...sampai aku terlupa fail yang ku tinggalkan di kaunter pendaftaran..
Sangka ku mungkin diorang nk jumpa seseorang kot..secret btol..tak bgtau aku pon..
Tak lama aku kat bilik..Rina tepon..

Rina : Diana..awak kat mane..??
Diana : Saya dh ada kat bilik..
Rina : Ok..buka pintu sekarang..
Diana : Ok...

Sejenak selepas Rina masuk...

Rina : Diana, awak tak ambil fail ke..??
Diana : Tak..saya ingat awak dgn daia g ambik..(saya explain la bab takut tu..)
Rina : Tak sempat la..kelam kabut tadi..awak pegi ambik la...
Diana : ok laaa

Tak sempat pon saya tekan pintu lif..daia panggil suruh masuk ke bilik..patah balik ke bilik...

Rina & Daia : "HaPPy BirtHday to YoU...Diana"..SurpriSe...
Diana : Laaaaaaa apaaa niiii...hihihihihih...TQ My Prend....
Rina & Daia : hahahaha surprise utk kak diana...hihihihih
Diana : Laaaa pegi beli kek ke..igtkan pegi mane tadi..heheheh
Rina : Ha'a laaa tak kan nk bgtau...hihihih..mesti awak pikir ape2 ni..
cepat bagi tau..apa awak pikir..
Diana : (dengan nada sedih + gembira) iye la...ingatkan ada 'blind date'ke,
jumpa 'secret admire' ke...hehehehe sorry my prend..
Rina : Laaaa kesitu pulak dia ni..
Diana : Saya minta maaf yer Rina...akak minta maap yer..Daia..sebab salah
paham...
Rina & Daia : Iye La...sian dier...hahahah..dh la tu..jom potong kek ni..



Terima Kasih SahaBat Ku...tiga rangkap pantun untuk kalian..

Ulam raja ulam pegaga
dicicah pula dengan sambal belacan
sudah setahun kita berkenal mesra
semoga ikatan berkekalan

Minggu peperiksaan sudah berlalu
Kini menunggu keputusan pula
Adakah kita akan bersama seperti dahulu
Tunggu saja masanya kan tiba jua

Ustaz Nawawi dan Pn. Shima
Turut sama ke Bengkel Penulis Muda
Idea yang disumbangkan bernas belaka
Menjadi pendorong kpd kami utk terus berjaya


Sebelum berakhirnya Bengkel Penulis Muda..saya sempat membeli beberapa buah novel..seperti:

Novel MR Lee Tan Luck..seorang pensyarah di Uitm..sudah beberapa tahun aktive dalam bidang penulisan, ini novel ke empat beliau..hasil karyanya sebelum ini seperti:
* Kiambang di Kuala Paya
* Istikharah di..
maaf saya tak berapa ingat..ini novel terbaru..dapatkannya sekarang..



Dari pengarang terkemuka..









Barisan Panel akan datang...hahahah


Yang menariknya..sebelum majlis penutupan oleh Prof Dr. Hj Muhd Kamil bin Hj Ibrahim, Prof yang juga telah menghasilkan buku "Travelog Haji",buku ini berlandaskan keislaman. Beliau telah menceritakan pengalamannya sebelum ini. Sungguh menarik dan penuh keinsafan.Buku ini menceritakan kekuatan 3 solat dalam Islam iaitu:

*Solat Tahajjud
*Solat Taubat
*Solat Hajat

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut..sila dapatkan dipasaran..


Di akhir program..

InterneT pRobLem

Woohooo happy nyer...sebelum ni aku kena edit blog kat rumah jee sebab komputer kat opiZ problem..sekarang boleh create dan edit posting yang baru...sambil mnyelam minum air...jangan sampai lemass sudah..hehehe nantikan nukilan dari ku..salam sayang..

Tuesday, May 20, 2008

Cuti-Cuti Malaysia.......

HEhehehe alangkah seronoknya..cuti-cuti Malaysia...hehehe suamiku membawa kami ke Terengganu...waaaaa jauhnya perjalanan...dari Muadzam Shah mengambil masa selama 7 jam untuk sampai ke Kuala Terengganu.







Kami bergerak pada pukul 5.30ptg dan sampai pada pukul 12.30 tengah malam...huhuhu. Tujuan utama ialah suamiku dan geng2 nya hendak mencandat sotong..hehehe tapi 'cek' tak dapat pegi coz kena jaga anak2 didaratan..emmm kalau 'cek' pegi jugak..alamat mabuk laut laaaa sampi ke darat..lagi haru...suamiku dan geng2nya majoriti mabuk laut...hihihi..maklumlah 1st time ke laut...nak merasa pengalamang ke laut...



Untuk hari pertama kami menginap di Rumah Tumpangan Cik Som..ni rumah kawan suamiku..dekat tepi laut..tapi tak boleh mandi sebab ombak besar dan air tengah pasang..anak2ku main air je la...




Di bilik..


tak banyak gambar menarik di rumah ni..Terima Kasih kpd MakCik Som & Pakcik Daud..
Hanya 1 malam shj..selepas itu kami ke Kota Bharu,Kelantan..ingatkan dekat..rupanya ambil masa 4 jam jugak..fuuuhhh letih...










Kami hanya singgah di Kota Bharu jer..nasib baik dekat dengan Pasar Siti Khatijah..dapat la juga membeli belah di Kelantan..









Hotel Suria,Kelantan..SeLamat TinGGal KelanTan..



Sehari shj di Kelantan, kami berpatah balik ke Terengganu..bagi suamiku Terengganu lebih menarik dan tenang..hihih jangan mare orang Kelantan...

Selama 3 hari 'cek' kat T'ganu...hhihi dari Pasar Payang sampai ke Masjid Kristal kami berjalan..Terima KAsih kepada suamiku yang tersayang kerana sudi bawa berjalan2 sempena HarI LahIrku pada 20 Mei...hihihi anak2ku pon suka..naik bot,naik beca(Lancar kata org Penang),mandi swimming pool,naik train(kat area Masjid Kristal)

Kali ini kami menginap di Hotel Grand Continental..selesa sikit...
Tempat pertama yang kami lawati..Pasar Payang & Bazaar Warisan..
ada la sikit2 barangan yg saya borong..hhihih borong tu...







Naik Bot Penambang MEnyusuri Sg. Terengganu..










Pengalaman yg tak dapat dilupakan..boat yg kami naiki mengambil penumpang di Kapal Inai Vanilla tengah laut..tak de la tengah sangat..tapi kapal minyak la...












Antara Tempat yg kami lawati...

















Muzium Negeri Terengganu..

Cop membuat batik..