Setelah tempoh perkenalan memakan masa selama 2 tahun, setelah di campur cuti dan ditolak tempoh pertunangan..maka aku dan suami mengambil keputusan untuk bernikah dan memilih tarikh 01 Sept 2007 kerana 31 Ogos tu ramai sangat yang nk kahwin..termasuk aku...jadi terpaksalah kami memilih tarikh lain. Kami selamat bernikah pada 1 September 2001..dengan 2 kali akad nikah..heheh gelabah kot masa tu..
Setelah melayari kehidupan sebagai suami isteri selama beberapa bulan..aku disahkan mengandung...waaa bahagianya rasa hati..kerana bakal menjadi seorang ibu dan suamiku bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi...
Suamiku menjaga aku dengan penuh kasih sayang dari segi makan minum, tempat tinggal dan macam2 kemudahan yang disediakan..almaklumlah..siapa tak sayang bini kan..heheheh alangkah bertuahnya aku..alhamdulillah syukur...
Setelah sampai tempoh 9 bulan 10 hari. Ketika dalam masa perjalanan ke hospital, dengan jalan raya yang tidak berapa elok ketika itu..aku rasa tak sabar untuk cepat sampai ke hospital..dengan jalan yang berlubang2..terhentak2...akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.Pada tarikh 20 Julai 2002 bersamaan pukul 10.30 pagi maka lahirlah seorang puteri yang comel dan kami namakannya Nur Syakirah Nadhirah binti Ahmad Nizam.Lahirnya alhamdulillah dengan cukup sifatnya. Syukur aku sekali lagi ke hadrat Allah Taala kerana mengurniakan padaku seorang anak yang sangat kami nantikan sebagai penyeri dalam hidup kami.
semasa kecilnya...
Setelah lahirnya puteriku yang sulung, kami besarkannya dengan penuh kasih sayang dan penuh kemanjaan. Kami tatang bagai minyak yang penuh. Makin hari kian membesar dengan sihat dan sejahtera. Kini anakku yang sulung sudah berumur 6 tahun, dan kini sedang bersekolah dalam tahap prasekolah. Tahun hadapan bermulalah dia sebagai pelajar sekolah rendah di salah sebuah sekolah tempatan. Akan bermulalah juga rutin harian suamiku yang selama ini mengambil dan menghantar anakku ke sekolah.
dah pandai merajuk...
adik tak sihat..selsema..
Hampir 3 tahun anakku yang sulung kesaorangan bermain tanpa teman, lahirlah pula seorang adik perempuan pada 09 Mac 2006 dan kini genap umurnya 3 tahun. Maka adalah temannya untuk bermain dan bergurau senda. Anakku yang kedua kami namakan Nur Sakinah Nadrah binti Ahmad Nizam.
Kini aku mempunyai 2 orang anak gadis yang harus aku dan suami besarkan dengan didikan duniawi dan akhirat yang seiring.
Insyaallah dengan kudrat yang ada kamu suami isteri akan membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang dan cuba menerangkan apa yang baik dan apa yang buruk dalam kehidupan mereka, dan berharap mereka membesar dengan penuh ilmu didada kerana dunia hari ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak diduga.
Hanya kepada tuhan yang satu aku serahkan segalanya agar semuanya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak aku dan suami ingini...amin..
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
comelnya puteri berdua tu.
dapat jer awak cari blog saya erk...heheheh
hahaha...diana, sy akan cari sampai lubang cacing!
cute la princess nie.. kecil2 dah pandai berposing
Post a Comment