Thursday, April 17, 2008

Anugerah Foto Terbaik National Geographic

Memang cantik gambar yang diambil..memang patut pun menang anugerah..aku dapat ni dari email yang kawan2 aku kirim..dan aku letak dalam blog aku..bukan ciplak yer..sebab gambar dia cantik dan pandai jurugambar tu...



kudaku lari gagah berani.....




cacing didedaunan...




Tengok monyet tu lompat..sempat jurugambar tu ambil gambar...




jerung di dasar lautan..




pingu & keluarganya




kesejukan..




gurauan beruang putih bersama anaknya..



Dan besarnya kurniaan Tuhan kepada alam maya ini...semoga semuanya aman dah sejahtera hendaknya..amin..

Wednesday, April 16, 2008

5S ( Sisih,Sapu,Susun,Seragam & Sentiasa Amal)

Hari ini merupakan penilaian untuk seluruh pejabat ku...heheheh masing masing bertungkus lumus sejak beberapa minggu lepas. Minggu sebelum ini dah ada audit yang datang..tapi belum bagi markah keseluruhan lagi..hari ini adalah penentu samada pejabat ku boleh mendapat Sijil 5S atau tidak..target yang disasarkan ialah 70%..jika melebihi target maka pejabat kami adalah yang tergolong dalam pejabat yang mengamalkan 5S..hehehe sekarang ni pegawai sedang meeting..menanti keputusan..


Pukul 4.30 ptg..pegawai semua habis meeting..semua staff kat level aku ternanti2 keputusan ......yaaaaaaaaa pejabat aku berjaya dengan memperolehi 80/100%...wuuhuuuu gembiranya..dan Dekan kat sini dengan bermurah hati telah membelanja semua staff setelah bertungkus lumus untuk menjayakan 5S ini..terima kasih diucapkan..


Kini aku dan semua staff hanya perlu mengamalkan Sisih,Sapu,Susun,Seragam dan Sentiasa Amal...



Moto 5S...










Contoh sebelum dikemas...(saje je buat sepah ni)





selepas..sebelum audit check kenalah kemas macam ni..hihihi (bukan wayang yer..)

Monday, April 14, 2008

Anakanda Ku Berdua..

Setelah tempoh perkenalan memakan masa selama 2 tahun, setelah di campur cuti dan ditolak tempoh pertunangan..maka aku dan suami mengambil keputusan untuk bernikah dan memilih tarikh 01 Sept 2007 kerana 31 Ogos tu ramai sangat yang nk kahwin..termasuk aku...jadi terpaksalah kami memilih tarikh lain. Kami selamat bernikah pada 1 September 2001..dengan 2 kali akad nikah..heheh gelabah kot masa tu..

Setelah melayari kehidupan sebagai suami isteri selama beberapa bulan..aku disahkan mengandung...waaa bahagianya rasa hati..kerana bakal menjadi seorang ibu dan suamiku bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi...

Suamiku menjaga aku dengan penuh kasih sayang dari segi makan minum, tempat tinggal dan macam2 kemudahan yang disediakan..almaklumlah..siapa tak sayang bini kan..heheheh alangkah bertuahnya aku..alhamdulillah syukur...

Setelah sampai tempoh 9 bulan 10 hari. Ketika dalam masa perjalanan ke hospital, dengan jalan raya yang tidak berapa elok ketika itu..aku rasa tak sabar untuk cepat sampai ke hospital..dengan jalan yang berlubang2..terhentak2...akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.Pada tarikh 20 Julai 2002 bersamaan pukul 10.30 pagi maka lahirlah seorang puteri yang comel dan kami namakannya Nur Syakirah Nadhirah binti Ahmad Nizam.Lahirnya alhamdulillah dengan cukup sifatnya. Syukur aku sekali lagi ke hadrat Allah Taala kerana mengurniakan padaku seorang anak yang sangat kami nantikan sebagai penyeri dalam hidup kami.


semasa kecilnya...


Setelah lahirnya puteriku yang sulung, kami besarkannya dengan penuh kasih sayang dan penuh kemanjaan. Kami tatang bagai minyak yang penuh. Makin hari kian membesar dengan sihat dan sejahtera. Kini anakku yang sulung sudah berumur 6 tahun, dan kini sedang bersekolah dalam tahap prasekolah. Tahun hadapan bermulalah dia sebagai pelajar sekolah rendah di salah sebuah sekolah tempatan. Akan bermulalah juga rutin harian suamiku yang selama ini mengambil dan menghantar anakku ke sekolah.

dah pandai merajuk...




adik tak sihat..selsema..



Hampir 3 tahun anakku yang sulung kesaorangan bermain tanpa teman, lahirlah pula seorang adik perempuan pada 09 Mac 2006 dan kini genap umurnya 3 tahun. Maka adalah temannya untuk bermain dan bergurau senda. Anakku yang kedua kami namakan Nur Sakinah Nadrah binti Ahmad Nizam.


Kini aku mempunyai 2 orang anak gadis yang harus aku dan suami besarkan dengan didikan duniawi dan akhirat yang seiring.


Insyaallah dengan kudrat yang ada kamu suami isteri akan membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang dan cuba menerangkan apa yang baik dan apa yang buruk dalam kehidupan mereka, dan berharap mereka membesar dengan penuh ilmu didada kerana dunia hari ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak diduga.

Hanya kepada tuhan yang satu aku serahkan segalanya agar semuanya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak aku dan suami ingini...amin..



Inilah Aku..

Kali Pertama....

Jeng...Jeng...Jeng....




Kali pertama apa tu....?? Jangan pikir apa2....kali pertama aku mula melayari blog ini...jangan salah paham plak...ini blog pertama ku dalam Bahasa Malaysia..heheh aku akan mula 'menulis' di laman ini mulai hari ini sekiranya aku ada kelapangan..nantikan nukilan ku yang akan menyusul...jeng..jeng..jeng..