Suatu Hari....... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra..
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu" "Aku baik je." Tanpa senyum. "Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah." "Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu " "Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini." Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun. "Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan." Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.
Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saatkemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandangwajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
"Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan denganhati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak semestinya anggapan kita adalah sama denganpengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
Monday, May 11, 2009
Panjat Pokok
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. > "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau :
Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu.
Tak senonoh betul
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itumembeli seluar dalam.
Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emaknya.
Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebuttanpa memakai seluar dalam. Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00"
Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.
"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00akhirnya hampir menjadi kenyataan, tok penghulu berkata :
"Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul. Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata : "Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur"
Muahahahhaaaaaaaa. ...

Monday, March 2, 2009
Salaam,
Untuk panduan kita bersama agar kuat dan tabah apabila menghadapi dugaan/ujian dari ALLAH swt. Jangan cepat putus asa atau menyalahkan takdir.....
Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas alam maya ini.
Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita.
FirmanNya di dalam surah :
و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين
Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan,kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Danberilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqrah:155
Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hiseolah-olah menjadi sukar baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman seseorang.Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, samaada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan.
Firman Allah:
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا
Maksudnya: ...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya sesudahkesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6
Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita.
Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
Maksudnya: ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216
Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya.
Wallahu a'lam

Sedekah yg pahalanya terus mengalir..
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.

Thursday, February 5, 2009
Rezeki
Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.
(H. Muslim)
(H. Muslim)
Salam 1
Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.
(H. Abu Daud)
(H. Abu Daud)
Taubat
Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah sesungguhnya aku (Nabi Muhammad S.A.W) bertaubat 100 kali dalam sehari.
(H. Bukhari)
(H. Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)