Monday, August 11, 2008

Pembangunan Sahsiah & Kendiri ke-5

woohooooooo syokk nyer..pergi kursus lagi...aku jarang pergi kursus sebab banyak sebab yang tak dapat dielakkan seperki class every week dan mcm2 alasan lagi.Pada 4 Ogos 2008 aku telah dipanggil ke Kursus PSK yang diadakan di UNITEN,Putrajaya...syokk gakk...dalam masa yang sama boleh balik umah mak..sebab dh lame tak balik..kalau ikut perancangan awal puasa baru nak balik rumah mak..nk sambut puasa sama-sama ngan family...







Hari pendaftaran



Selepas Penfaftaran sesi suai kenal dimana kami perlu mencari seramai mana sahabat di bilik seminar terserbut dengan menulis NAMA,JABATAN DAN SIAPA SAYA.contohnya NAMA: DIana DIn, JABATAn: UNITEN, SIAPA SAYA: Gadis COMel Berkaca Mata...begitulah..seterusnya...






Selepas itu ada pula aktiviti tampal kertas di belakang...dan kawan kita tulis apa yang ditengok pada kita tanpa kita tahu apa dia...puji ke..keji ke...





Tulis...tulis..jangan tak tulis...


Selepas Itu...kami diarahkan supaya membina menara tertinggi & teguh..







Dan..terhasillah...





sehingga ke petang sesi ceramah..makan2...suai kenal..dan bermacam lagi....

Hari Ke-2 lebih mencabar dan menyeronokkan...



Sesi pagi..dalam pukul 8.15 kami menari POCO-POCO....yeeeaaaahaaaa hehehe aku memang minat dengan poco2 ni..apee lagii tunjuk skill la...hahahha











Lepas aerobik..aktiviti makan2 la pulak...hihihi







sebelum rehat tengahari...diadakan aktiviti 'JELAJAH MANIA'..ala2 cari harta karun la...





Cari...cari...mane la..klu ni berada..







sebelah petangnya ada aktiviti luar...



siapa punya paling panjang...


kami perlu menyusun barang dengan menggunakan apa yang ada pada diri masing2

OhHhh..lupa kami diberikan kepada 4 Kumpulan..kumpulan aku 'First Class'..Kum. 2.. 'Ok Jer..'Kump. 3 'Senyum SokMo' dan Kump. 4 'BintAng KejoRa'..

Jadi...dalam game ni...Kump 'First Class' menang...huhuhuhuhu

Ada lagi...game ke dua..baling belon berair...





Dan game ke-3...


pecahkan belon pihak lawan...


Hari Ke-2 juga ada aktiviti berlakon..setiap kump. kena melakonkan watak dalam cerita P. Ramlee.

Kump. First Class memilih cerita - Ali Baba Bujang Lapok-



Malila apek..tolong jayit satu balang...waa kasi lu satu uncang wang emas lo..


'haiya cik Siti, pompuan manyak muda..jalan tutup mata..ana x tentu jalan..wo..uwang dan linggit anan tatak helan..bukala mata..bagi ana jalan'


'hai apek sayang jangan susah..habis menjahit wang mas ana upah..lekas lah aepk..lekaslah jalan..jaga pek depan sana ada longkang..lompat..lompat..haiyaa'






HaiYa....ini balang ka...olang...


Persembahan dari kumpulan 'BinTanG KejOra' dengan tajuk...tak ingat la..

CikGu Manisah mengajar murid2 tua...




Pak Abu..ini huruf apa...
itu huruf 'jin mata buta cikgu'
ini bukan huruf jin mata buta..ini huruf 'ha..
oOoOo 'ha...

Kumpulan 'Senyum SoKmo' dengan cerita MusanG BerJanGGut..



hensem la tok janggut ni...hihihi




Sebelum berakhirnya program..kami ditayangkan dengan gambar2 sepanjang program...



ada gambar beramai2..tapi lupa kamera sape..so tak de la gambar beramai2....end


~~~~ SyOkk Nyer DaPaT Pegi KurSus ~~~~

Wednesday, August 6, 2008

Teambuilding & Kursus Sahsiah dan Kendiri

Lame nyer...tak update blog...bzz sesangat...
nantikan kemunculan nukilan ku..sekarang ni tak de mase nak menaip...
Akan ku persembahkan kenangan2ku di Sungkai, Perak dan kursus bersama teman2 lama di Putrajaya...


Tungguuuuuuu



*akan bersambung lagi... :)

NADI 18 di Sungkai, Perak

Selama 3 hari aku dan sahabat2 yang lain bermalam di Kg. Perlok Lama,Sungkai.waaaaaaa sebelum pergi tu aku risau la juga selepas dengar macam2 cerita sahabat2 yang dah pergi sebelum ni..cerita pasal Pak Din, jalan malam di ladang getah dan kena rendam dalam sungai di tengah malam yang dingin.Hhuhuhu risau gak... NADI 18 merupakan team ke 18 dari 19 team yang ke Sungkai. Program ni diadakan untuk memupuk nilai persahabatan antara UNITEN, Putrajaya & UNITEN,KSHAS...memang ramai staff baru yang aku belum kenal..walaupun aku juga pernah bekerja di Putrajaya..ada juga kenalan lama yang kukenali. Selamat Datang Kepada Semua Staff Baru ke UNITEN.






Sepanjang perjalanan menuju ke Kem NADI...

Ala2 cerita seram CONGKAK jer..heheheh






Baru Sampai...


Hari Pertama (Rabu 30 Julai 2008).

Kami sampai pada pukul 11.30 pagi, sampai saja kami disana kami diarahkan supaya ke "Dewan NADI Cinema" dimana disana akan diadakan taklimat mengenai program tersebut.


Taklimat pogram...


Nyanyi lagu UNITEN dan Bila Diri Disayangi (Ukays)

Pak Ya dan Sahabat JJ telah meberi sedikit maklum balas apa yang bakal kami hadapi. Selepas taklimat tersebut, kami dijamu dengan hidangan tengahari yang sungguh menyelerakan di "NADI Selera".



Pak Ya..


NADI SELERA...sungguh berselera...


waaaaaaaaaa lepass je makan kami diarah untuk solat dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Haaaaaaaa dalam pukul 2.30 ptg kami diwajibkan berkumpul di "Padang Huru Hara". Disinilah kami mula berkenalan dengan Pak Din, jurulatih yang akan mengajar kami mengenai tatatertib dalam perbarisan dan teknik perbarisan cara yang betul.Sebelum ni kami hanya dengar jer..cerita mengenai Pak Din..sekarang kami dh jumpa orangnya..memang tegas dan garang..suaranya memang bergema seluruh kem...


Pak Din...Jurulatih KEM NADI18
Ni dia tengah tanya " Siapa yang sakit..angkat tangan.."


Wei..angkat la tangan..ko sakit kan...hihihihtgh discuss nak angkat tangan ke tak..



Aik..ramainya yang sakit...macam mana nak keje kat UNITEN kalau asik sakit..jer..
sumer kena...hahahha



Bayangkan di tengah terik tu..kami kena berdiri selama hampir 15 minit....sampai sahabat di hadapanku tu pengsan..kerana tekanan darah rendah.


walaupun perut dah kenyang...tapi kerana cuaca panas ...






Senang diri..jangan bergoyang2..kalau rehatkan diri
ha...garula apa nk garu..kata Pak Din

Jika ada silap,dalam kumpulan kami akan didenda supaya 'pumping'...10X kecuali yang sakit..slogan "SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU" amat dipraktikkan...bermakna satu kebaikan semua orang dpt balasannya..dan satu kesilapan juga semua kena denda..begitulah...



Yang seronoknya..semua lepas makan setiap hari bekerjasama membersihkan kawasan makan..takut kena "pumping"...teringat dulu2....





Pada pukul 9 malam selepas makan malam, kami berkumpul sekali lagi di Padang Huru Hara untuk program seterusnya. Pak Din bertanya siapa lagi yang belum serahkan handphone?? masih ada juga yang belum serahkan kepada jurulatih untuk disimpan, kami tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar. Oleh kerana masih ada yang belum menyerahkannya..kami didenda supaya membawa satu pinggan kaca setiap seorang. Emmm nak buat macam mana.."SATU UTK SEMUA, SEMUA UTK SATU".kemana saja kami perlu bawa pinggan ini...



Hari Kedua (Khamis 31 Julai 2008).

Kami diberikan kepada 4 kumpulan..setiap kumpulan ada 12 orang ahli. Kami membuat aktiviti ini di 'NADI Bayu'.....memang sungguh nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa...


Dalam aktiviti berkumpulan ini kami suarahkan supaya membuat
Nama Kumpulan:
Logo:
Moto:
dan apa lagi ntah..x ingat la..heheh


sampai menyarap2 pon ada....nasib baik tak ada yang baring2....





Lepas tu semua present....


Kumpulan Everest: 'One for All, All for one'







Hari ke-2 ni...kami tak tido hingga pukul 3 pagi kerana dari pagi hingga ke malam ade saje aktivitinya.

Games pada sebelah petang..


sempat berposing setelah penat berlari..hihihi




aggggghhhhh pijak...pijak...bg pecah...


cari strategik nk bawa getah gelang guna straw..








inilah kameraman kami...Anip!!!...cepat...cepat....kami pumping..dia pumping...kami cangkung..dia cangkung...laju lagi..lajuuu









Agghhhhhh setelah habis game..kami berkumpul dan Sahabat JJ tanya ape yang dpt kita pelajari dari games td..??
* jangan ada hasad dengki...nk pecahkan belon orang lain jer..
* kerjasama dalam kumpulan ... bawa getah guna straw
* bersabar ketika kawan lambat dalam membuat sesuatu walaupun kita kalah

Pada sebelah malamnya ada "Program Mencari Cahaya Di Rimba". Ketika ini kami berkumpul di Padang Huru Hara pada pukul 11.30 malam. pada check point pertama, KAmi kena meredah anak sungai dan melalui ladang pokok getang untuk sampai semula ke Padang Huru Hara. Pada permulaanya kami berjalan di dalam kumpulan seramai lebih kurang 18 orang dengan bertemankan 2 batang lilin, 1 dihadapan ketua kumpulan dan 1 dibelakang. Kami kena melalui anak sungai yang airnya paras peha..dengan halangannya seperti kayu..pohon berduri..batu2 besar..memang agak sukar juga.. kami juga melalui kebun durian...ketika kami sedang jalan tiba2 sebiji durian jatuh...fffuuuhhhh risaunya...takut terkena kepala..

Sehinggalah sampai ke chect point ke 2...masih lagi di kawasan ladang getang...kami ditingalkan berserorangan dan kami perlu berjalan sendirian pulang ke kem. fffuuuhhhh dh la cuaca gelap...bulan pon x der...meraba2 la..cari jalan balik..nk balik ni pon banyak juga gangguannya...seperti ada orang berjalan di belakang kita...ranting2 kayu dipijak..kain putih terbang..issshhhh tegak jugak bulu roma ni..hihihihi

tapi setelah semuanya sampai ke Padang HUru Hara semula...itu adalah untuk membina keyakinan diri...untuk melepaskan diri dari sesuatu masalah tanpa bantuan orang lain..

Hari Ketiga (Jumaat 01 Ogos 2008).

Banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang 3 hari disini...terima kasih kepada Pak Ya, Sahabat JJ, Pak Din dan semua yang terlibat untuk menjayakan program ini.


dapat sijil penyertaan....




TQ to Anip!!! coz ambil gambar

dan yang paling menggembirakan...Pak Din tersenyum juga akhirnya...
katanya "saya kena buat garang..dh keje saya mcm ni..anak ramai..6 orang..
isteri 1..." hihihihi


Manis nya senyuman mu....



<
Makan2 sebelm balik..bersama Mona (Selamat Pengantin Baru) & Nadiah (sahabat karib)




Ziela, Ina & Sarah....all my frendzz


Bergambar kenangan sebelum balik....ntah bila kami akan datang lagi...

~~~~~ SweeT MeMoriEs in SunGkaI, PeraK - NADi18 AlWaYs In My MiNd ~~~~~

Saturday, July 5, 2008

Pelajar Baru Sesi 08/09

Kami di bahagian kewangan & bahagian2 lain bertungkus lumus selama 1 hari kerana ada kemasukan pelajar baru ke UNITEN......universiti ini merupakan universiti swasta......maka jumlah 800 orang merupakan satu jumlah yang besar kepada universiti ini, walaupun jumlahnya agak jauh beza berbanding di UNITEN,Putrajaya.....namun saya sebagai salah seorang staff amat berbangga dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada bahagian marketing terutamanya kerana telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang untuk mempromosikan uniten di semenanjung malaysia terutamanya.

Amat membanggakan kerana julung2 kalinya terdapat seorang pelajar Arab,handsome...hhihihhi....pada hari pendaftaran aku dengan excitednya menunggu pelajar tersebut untuk ke kaunter kewangan tempat aku bertugas untuk bercakap bahasa arab dengannya....bila aku tanya "masa al khair" dia jawap "masa al nur"..ok la tuuu
dia pon jawap in arabic...aku tanya lagi..."maza taa'kul al ghada" dia jawap "malaysian food"...laaa dh ckp english plak..bila dia dah cakap english aku pon cakapla in english..aku tanya la "what ur 1st language"..dia kate "English is the 1st and the 2nd one is Arabic"..laaaa penat je aku nk speaking arab dengan dia... :(

Tapi tak pe laa itu merupakan pengalaman manis untuk aku kerana dapat mempelajari bahasa arab walaupun tidak semua orang arab tu nak cakap arab bila berjumpa...

ReZeki BertaMBah...

Alhamdulillah...

Tanggal Julai 2008 merupakan pembuka rezeki untuk aku dan kawan2ku kerana masing2 bertukar tempat kerja..dari swasta ke gomen...dan ada juga dari sambilan ke jawatan yang lebih menjamin masa depan..alhamdulillah..syukur & tahniah kepada semua..

Juga aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi diatas kenaikan pangkat suamiku. Walaupun kami akan berjauhan namun ku berserah semoga kami akan saling jujur dan keharmonian rumahtangga kami akan sentiasa aman sejahtera tanpa sebarang pergolakan yang tidak diingini. Insyaallah...