Thursday, February 5, 2009

Rezeki

Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.


(H. Muslim)

Salam 1

Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.



(H. Abu Daud)

Taubat

Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah sesungguhnya aku (Nabi Muhammad S.A.W) bertaubat 100 kali dalam sehari.




(H. Bukhari)

Cantik

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh & rupa parasmu tetapi melihat kepada hati dan amalam kamu.


(H. Muslim)

Sial

Tiada jangkitan, tiada sialan,tiada sial pada burung hantu,tiada sial pada bulan Safar dan larilah dari kusta seperti lari takutkan singa.

(H.Bukhari)

Al-Quran 1

Bacalah Quran, sesungguhnya Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat (penyelamat dari neraka) kepada pembacanya.


(H. Muslim)

Hal SeSama Muslim

Hal sesama Muslim 6 perkara:

1) memberi salam
2) memenuhi undangan
3) memberi nasihat
4) mendoakan orang bersin
5) ziarah org sakit
6) mengiringi jenazah

(H.Baihaqi)

Salam

Rasulullah ditanya:
2 orang bertemu mana satu yang patut beri salam?

Rasulullah menjawap:
Yang memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah S.W.T

(H.Tirmizi)

Al-Quran

Al-Quran yang diwahyukan kepada kamu dan dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan kejahatan.

(Surah al-Ankabut:45)